Kerajaan Rakyat Dari Rakyat Untuk Rakyat
KedahLaNie - Laman M@RHAEN
Artikel saya tanggal 5 Januari 2007 bertajuk PRU ke-12: Kedah Milik Pas?, ternyata pada 8 Mac 2007 yang lalu menjadi realiti.
Ramai kawan rakan bertanya, apakah punca tsunami politik yang mengegarkan seluruh negara. Jawapan saya cukup simple dan mudah, BN bercakap bohong dan Allah s.w.t menunjukkan kekuasaan dan keadilannya bagi menyanggah pembohongan tersebut.
Tsunami politik sehingga Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain Kelantan kekal di tangan kerajaan pilihan rakyat adalah manifestasi tiga perkara:
1) Kuasa rakyat mengatasi kuasa dan kecangihan pihak risikan yang bekerja untuk BN selama ini.
2) Kuasa Allah s.w.t menunjukkan keadilan dan kekuatannya untuk mengajar pemimpin yang angkuh dan sombong
3) Rakyat di negara ini mempraktikan hak demokrasi mereka secara yang wajar.
Ramai juga kawan rakan bertanya lama mana Kerajaan pilihan rakyat di Kedah akan bertahan, saya katakan sekurang-kurangnya tiga penggal, dan jika prestasi memuaskan Kedah bakal menjadi Kelantan ke-2.
Hakikatnya program Islamisasi anjuran PAS diterima baik. Hakikatnya juga rakyat inginkan pengisian rohani yang lebih mendalam sebagai mendepani cabran modenisasi yang indah di permukaan. Islam yang dibawa oleh PAS bukanlah Islam ciptaan PAS, akan tetapi Islam sebenar, PAS hanyalah platform untuk memperkembangkan syiar dan syariat tersebut.
Kegigihan petugas PAS, sikap kesukarelaan, kesabaran selama lebih 5 dekad akhirnya membuahkan hasil.
Apa yang penting PAS di Kedah harus akur kepada 7 perkara :
1) Sokongan dalam PRU ke-12 ini datangnya dari seluruh rakyat dan pengundi di Kedah yang inginkan kerajaan bermanah, telus, bersih dan adil.
2) Pengundi bukan Melayu juga lebih mempercayai amanah dan keikhlasan pimpinan PAS berbanding rekod rasuah dan penyelewengan UMNO.
3) Pengundi dari kalangan ahli UMNO muak dengan calon muka lama yang diketengahkan oleh UMNO sehingga hilang daya dinamisme kepimpinan untuk DUN atau kawasan Parlimen berkenaan.
4) Kakitangan kerajaan, masyarakat peniaga dan NGO berdiri padu di belakang pakatan BA
5) Harapan rakyat dan pengundi Kedah untuk halatuju yang lebih bermakna di bawah kerajaan rakyat ini cukup tinggi
6) Kerajaan rakyat pilihan pengundi di Kedah perlu bertenang, tidak terburu-buru, tidak membalas dendam, adanya pendekatan 'change and continuity dalam merencana polisi negeri. Merancang dasar paling baik demi memenuhi gagasan Manifesto Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua
7) Do the right things dan mengelakkan dari melakukan kesilapan dan menampakkan kelemahan utama dalam mentadbir negeri.
Jika ini berjaya difahami dan dilaksanakan, hakikatnya Kedah akan dinaungi Kerajaan rakyat pimpinan PAS untuk kini dan selamanya. Selamat tinggal BN dan Tahniah pakatan BA. Kerajaan rakyat dari rakyat untuk rakyat.
Sheikh Al-Stari
Posted by KedahLaNie at 1:38 AM
"KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"
http://kedahlanie.blogspot.com/2008/03/kerajaan-rakyat-dari-rakyat-untuk.html